Donald Trump di media sosial
Donald Trump di media sosial

Donald Trump di media sosial


Penggunaan media sosial oleh Donald Trump menarik perhatian di seluruh dunia sejak belliau membuka akaun Twitter pada Mei 2009. Selama hampir dua belas tahun, Trump menciap sekitar 57,000 kali,[1] termasuk sekitar 8 ribu kali sepanjang kempen pilihan raya 2016 dan lebih 25 ribu kali sepanjang tempoh kepresidenannya.[2] Rumah Putih mengatakan bahawa ciapan tersebut perlu dianggap sebagai kenyataan rasmi.[3] Ketika Twitter menyekat Trump secara kekal daripada platform itu pada Januari 2021 ketika hari-hari terakhir tempoh jawatannya,[4] akaunnya, @realDonaldTrump memiliki lebih 88.9 juta pengikut.[5]Dalam sebahagian besar tempoh kepresidenan Trump, akaunnya di Twitter sering menjadi tempat Trump mengeluarkan kenyataan kontroversi dan palsu,[6][7][8][9] tetap tidak diselia atas dasar "kepentingan awam".[10][11] Kongres melakukan bentuk penyeliaannya sendiri: pada 16 Julai 2019, Dewan Perwakilan Amerika memberikan suara sebahagian besar di sepanjang garis parti untuk mengecamnya kerana "komen perkauman" yang diciapnya dua hari sebelumnya. Menghadapi kecaman politik ini, ciapannya hanya dipercepat. Siasatan oleh The New York Times yang diterbitkan 2 November 2019 mendapati bahawa, sepanjang tempoh jawatannya hingga kini, Trump telah menciap sekurang-kurangnya 145 twit yang "telah mendorong kandungan konspirasi atau alternatif, termasuk lebih dari dua dozen yang sejak itu telah dihapus."[12] Pada 2020, Trump juga menyebarkan maklumat yang salah mengenai pandemik COVID-19.

Rujukan

WikiPedia: Donald Trump di media sosial http://www.cnn.com/2017/06/06/politics/trump-tweet... https://apnews.com/article/twitter-donald-trump-ba... https://www.chicagotribune.com/news/nationworld/po... https://www.cnn.com/2020/12/18/politics/trump-pres... https://www.dw.com/en/donald-trump-loses-social-me... https://www.nytimes.com/2017/04/29/us/politics/fac... https://www.nytimes.com/2021/01/16/technology/twit... https://www.nytimes.com/interactive/2017/06/23/opi... https://www.nytimes.com/interactive/2019/11/02/us/... https://www.theverge.com/2020/11/7/21552606/trump-...